Tuesday, October 30, 2018

PANDUAN CARI RUMAH YANG BOLEH JANA CASH FLOW


Ada cara yang tepat untuk dapatkan rumah yang boleh jana cash flow kat kita. Nah, saya bagi 10 panduan ringkas ni kat korang.

1. Beli rumah bertingkat, apartmen atau flat.
2. Beli rumah tingkat paling bawah.
3. Beli rumah bawah harga pasaran.
4. Beli rumah di kawasan hotspot.
5. Beli rumah muda, tempoh biaya panjang, ansuran jadi rendah.
6. Beli rumah segera, kadar sewa semakin meningkat.
7. Kaji kadar sewaan setempat sebelum beli rumah.
8. Sewakan mengikut bilik atau kepala.
9. Sewakan bersama separa atau penuh perabot dan internet.
10. Sewakan mengikut hari (homestay).

Tapi pelaburan hartanah bukan hanya untuk dapat cashflow positif tau. Ada juga pelabur yang tak kisah pasal tu, tapi fokus untung daripada kenaikan harga rumah. Yang itu, lain pula tipsnya.

Anda ikutlah mana-mana yang anda rasa sesuai dengan modal, kelayakan, gaji, matlamat, selera, kemahuan, dan ilmu yang ada. Bukan apa, orang lain buat boleh untung, tiba2 kena kat anda tak untung pulak.

Kalau anda melabur tanpa ilmu tapi untung, bukan bermakna anda bijak, cuma anda bertuah. Jangan buat macam tu banyak kali ya. Kita tak selamanya bertuah.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

BAGAIMANA KADAR UPAH CAT DITENTUKAN?


Selain mengupah pekerja, tempoh masa bekerja dan jumlah cat yang digunakan, ada faktor-faktor penting yang juga diambil kira seperti:

- Tekstur dinding (wall texture)
- Warna asal
- Warna yang ingin di cat
- Menutup lubang kecil
- Menampal rekahan dinding
- Jenis pintu
- Permukaan siling
- Ketinggian siling
- Keluasan kaki persegi
- Memindahkan barang

Anggaran harga adalah secara kasar namun ia tetap bergantung kepada keluasan dan kondisi sebenar apabila melawat tapak lokasi.

Harga upah tidak termasuk harga cat. Kerana harga cat selalunya akan dikira mengikut jenama cat yang anda pilih seperti jotun, dulux atau nippon paint.

Penambahan atau pengurangan harga dikira mengikut keluasan sebenar dan kerja-kerja tambahan yang perlu dibuat jika ada.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

BAPAK SEGALA PENYEDUT DUIT



Kisah seorang rakan sipolan berkenaan pelaburan hartanahnya, iaitu En. N:

  1. Membeli hartanah kedua, rumah atas tanah pada harga RM400k ++
  2. Kos renovasi rumah bernilai RM30,000
  3. Bayaran bulanan sebanyak RM3k sebulan
  4. 4 bilik 2 bilik air
  5. Tiada penyewa dan risau untuk disewakan (sayang sebab rumah baru). Jika disewakan, aspek aliran tunai negatif kurang dari RM500 dan potensi rumah rosak adalah tinggi
  6. Nak jual balik, susah nak laku disebabkan faktor ekonomi yang terumbang-ambing
  7. Faktor keselamatan pula kurang sesuai untuk keluarga berpindah ke rumah kedua tambahan pula sayang dengan jiran2 di rumah pertama

Ditambah lagi permasalahan :-

  1. Sebelum ni bekerja di offshore dengan gaji sekitar RM10,000-RM15,000 sebulan
  2. Baru saja mengganggur dan anggaran gaji selepas ini hanya RM6,000-RM8,000
  3. Komitmen bulanan sekitar RM6,000
  4. Tiada holding power/holding power yang lemah
  5. Cash ada dalam RM80,000, mungkin dapat bertahan selama setahun

Apa yang saya boleh katakan, rumah kedua ini memang bapak segala penyedut duit yang akan memburukkan lagi masalah kewangan sekiranya tidak diuruskan dengan bijak.

Wujud tak jalan penyelesaian ini? InshaAllah, saya akan bantu beliau dan mungkin anda juga mengalami masalah seperti ini. Jangan segan silu untuk ‘PM’ saya tau. See ya later!


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

FAKTOR2 INI MENDORONG ANDA UNTUK BELI RUMAH? THINK IT AGAIN!



1. Beli rumah kat kampung sebab lepas pencen nanti senang.

2. Beli rumah kat ceruk ulu sebab harga murah. biar pun jauh dari pusat komersial. Terkecuali beli di greater KL tapi tinggal negeri lain.

3. Beli hartanah atas dasar percakapan orang, saudara mara, ibu bapa dan orang sekeliling tanpa buat research yang jelas.

4. Beli rumah ikut kelayakan loan, tanpa usul periksa di sekeliling kawasan tersebut.

5. Beli sebab nak duduk sangat rumah bawah, taknak duduk rumah flat.

6. Beli sebab kawasan rumah itu elite.

Bro belilah ikut logik akal dan perkiraan, nombor2 tidak menipu bro. Ikut kata hati, mati. Nak tau cara kira2 yang betul untuk beli rumah? baca posting terdahulu di blog ini.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

Tuesday, October 23, 2018

BELI RUMAH GUNA PERSONAL LOAN? BOLEH TAK BOLEH?



“AKU MUDA LAGI, DUIT TAK BANYAK. BOLEH TAK AKU BELI RUMAH GUNA PERSONAL LOAN?”

Standard la soalan ni banyak kali dengar, saya muda2 dulu pun mana ada duit simpanan nak buat modal beli rumah. 10k? 20k? 5 tahun kerja pun belum tentu cukup duit nak buat modal beli rumah.

Bagus la walaupun duit belum mencukupi tapi ada hasrat nak beli rumah, tak macam orang2 muda yang lain yang lebih kepada nak beli kereta yang berjenama, melancong sana sini, majlis kahwin pun taknak yang biasa2. Nasib baik saya bukan macam tu, adehh.

Ok, berbalik kepada soalan cliche tadi, saya boleh sarankan supaya jangan buat personal loan sebagai modal nak beli rumah semata.

Walaupun anda belum bercita-cita nak beli rumah sekarang, tabung rumah patutnya dah kena ada, mana la tau terdetik hati anda untuk beli rumah nanti, duit modal dah stand by.

Taknak tanya ke kenapa saya tak sarankan beli rumah guna personal loan?
Ini jawapan saya..,

1) Tiap2 bulan komitmen menjadi tinggi hanya sebiji rumah. Nak2 kalau anda duduk sorang2.

2) Kalau anda sewakan rumah pula, nak dapat passive income tu agak sukar sebab komitmen sangat tinggi.

3) Kelayakan buat loan rumah semakin berkurang. Sebelum ni layak mohon 200k tak silap saya, lepas buat personal loan, mungkin layak dalam 100k sahaja.

4) Loan profile akan dapat kesan negatif. Masa muda gaji belum mantap lagi, last2 personal loan melepas, loan rumah pulak sangkut. Bagai jatuh ditimpa tangga.

5) Kalau nak buat personal loan lepas lulus loan rumah, duit deposit kena ada untuk bayar dulu. Habis tu macam mana nak booking rumah, kan?

Konklusinya, anda kena bijak buat kira2 sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang. Jangan sebab nak ikut orang je. Hidup anda bukan hidup orang.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

Thursday, October 11, 2018

KUNCI PENGURUSAN HARTANAH


Ciri-ciri hartanah masa kini pada umumnya datang dengan kemudahan yang sama tanpa mengira populariti pemaju.

Kemudahan seperti kolam renang, gelanggang sukan, pusat gim dan dewan umum adalah standard untuk kebanyakan perkembangan pada masa ini, bukannya ciri unik yang membezakannya.

Oleh itu, penjenamaan hanya sebahagian daripada pertimbangan. Dalam memilih hartanah, seseorang harus melihat bukan sahaja pengurusan kemudahan tertentu selepas penyerahan tetapi juga reka bentuk mesra pengurusan, kualiti perkhidmatan yang dijangka berterusan selain hanya membandingkan pemaju yang mempunyai reputasi yang lebih baik dan membina jenama yang lebih baik sepanjang tahun.

Seperti yang dikatakan di atas, apabila pemaju membina projek, infrastruktur dan spesifikasi mereka secara amnya adalah sama. mungkin perbezaan adalah lokasi serta reka bentuk kediaman.

Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah kebanyakan pembeli ketika memilih dan membeli hartanah mereka akan dibawa oleh reka bentuk yang unik bagi hartanah itu dan banyak kemudahan yang diberikan kepada mereka dalam risalah.

-----

Oleh itu, membeli hartanah pada hari ini, pengurusan hartanah merupakan faktor penting untuk dipertimbangkan. Yuran penyelenggaraan untuk hartanah hanya akan meningkat seiring berjalannya waktu, sama seperti memiliki kereta, semakin tinggi jarak perjalanan, semakin tinggi penyelenggaraannya.

Perdana Menteri Tun Mahathir pernah memetik bahawa Malaysia mempunyai kemudahan kelas pertama tetapi mentaliti dunia ketiga. Oleh itu, adalah sangat penting bagi pembeli rumah untuk memastikan hartanah mereka dipelihara dengan baik.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

PILIH LOKASI RUMAH YANG HOT & SPICY!


Apa kabor semua? Harap sihat2 belaka la, dah nak raya ni kan? Hehe. Semalam ada kawan2 saya dok tanya pasal macam mana nak tahu lokasi sesuatu rumah tu strategik atau tak.

Ok, sebelum tu, kenapa kena pilih lokasi rumah yang HOT & SPICY? Sebab, lokasi adalah elemen penting dalam membeli hartanah. Klo salah lokasi, alamatnya korang tak dapat pulangan yang menguntungkan.


APA CONTOH LOKASI TERBAIK?

Terdapat 3 elemen penting yang memainkan peranan penting dalam lokasi HOT & SPICY ni, iaitu:

1. Tempat Tinggal
2. Tempat Kerja
3. Tempat Beriadah

Jarak antara ketiga-tiga elemen ini mestilah tidak lebih dari 4-5km, jika terdapat pengangkutan awam seperti stesen bas, LRT atau MRT itu lagi bagus. Korang perlu lihat juga samada pembangunan komersial ada atau tak, contohnya seperti bangunan pejabat, kolej, shopping mall, panggung wayang atau tempat bersukan.

Sebab tu lah sekarang ni banyak bangunan bercampur yang dibina. Maksudnya, dalam satu bangunan tu ada rumah dan bangunan komersial dalam lot tanah yang sama. Sebagai contoh, bangunan Strand Mall di Kota Damansara, di tingkat atasnya terdapat tempat kediaman, di bawahnya terdapat shopping mall dan kedai2 makan.

Haa sebelum terlupa, kepada korang yang buat pelaburan hartanah, elemen ni juga penting buat korang. Contohnya, penyewa rumah korang mengalami masalah siling bocor atau paip pecah ke, dan sekiranya jarak antara tempat tinggal korang dengan penyewa sangat jauh, berbaloi ke korang nak ulang-alik?


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/