Thursday, October 11, 2018
PILIH LOKASI RUMAH YANG HOT & SPICY!
Apa kabor semua? Harap sihat2 belaka la, dah nak raya ni kan? Hehe. Semalam ada kawan2 saya dok tanya pasal macam mana nak tahu lokasi sesuatu rumah tu strategik atau tak.
Ok, sebelum tu, kenapa kena pilih lokasi rumah yang HOT & SPICY? Sebab, lokasi adalah elemen penting dalam membeli hartanah. Klo salah lokasi, alamatnya korang tak dapat pulangan yang menguntungkan.
APA CONTOH LOKASI TERBAIK?
Terdapat 3 elemen penting yang memainkan peranan penting dalam lokasi HOT & SPICY ni, iaitu:
1. Tempat Tinggal
2. Tempat Kerja
3. Tempat Beriadah
Jarak antara ketiga-tiga elemen ini mestilah tidak lebih dari 4-5km, jika terdapat pengangkutan awam seperti stesen bas, LRT atau MRT itu lagi bagus. Korang perlu lihat juga samada pembangunan komersial ada atau tak, contohnya seperti bangunan pejabat, kolej, shopping mall, panggung wayang atau tempat bersukan.
Sebab tu lah sekarang ni banyak bangunan bercampur yang dibina. Maksudnya, dalam satu bangunan tu ada rumah dan bangunan komersial dalam lot tanah yang sama. Sebagai contoh, bangunan Strand Mall di Kota Damansara, di tingkat atasnya terdapat tempat kediaman, di bawahnya terdapat shopping mall dan kedai2 makan.
Haa sebelum terlupa, kepada korang yang buat pelaburan hartanah, elemen ni juga penting buat korang. Contohnya, penyewa rumah korang mengalami masalah siling bocor atau paip pecah ke, dan sekiranya jarak antara tempat tinggal korang dengan penyewa sangat jauh, berbaloi ke korang nak ulang-alik?
Like page kami untuk follow lagi posting menarik!
https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/
Labels:
Ilmu Hartanah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment