Kisah seorang rakan sipolan berkenaan pelaburan hartanahnya, iaitu En. N:
- Membeli hartanah kedua, rumah atas tanah pada harga RM400k ++
- Kos renovasi rumah bernilai RM30,000
- Bayaran bulanan sebanyak RM3k sebulan
- 4 bilik 2 bilik air
- Tiada penyewa dan risau untuk disewakan (sayang sebab rumah baru). Jika disewakan, aspek aliran tunai negatif kurang dari RM500 dan potensi rumah rosak adalah tinggi
- Nak jual balik, susah nak laku disebabkan faktor ekonomi yang terumbang-ambing
- Faktor keselamatan pula kurang sesuai untuk keluarga berpindah ke rumah kedua tambahan pula sayang dengan jiran2 di rumah pertama
Ditambah lagi permasalahan :-
- Sebelum ni bekerja di offshore dengan gaji sekitar RM10,000-RM15,000 sebulan
- Baru saja mengganggur dan anggaran gaji selepas ini hanya RM6,000-RM8,000
- Komitmen bulanan sekitar RM6,000
- Tiada holding power/holding power yang lemah
- Cash ada dalam RM80,000, mungkin dapat bertahan selama setahun
Apa yang saya boleh katakan, rumah kedua ini memang bapak segala penyedut duit yang akan memburukkan lagi masalah kewangan sekiranya tidak diuruskan dengan bijak.
Wujud tak jalan penyelesaian ini? InshaAllah, saya akan bantu beliau dan mungkin anda juga mengalami masalah seperti ini. Jangan segan silu untuk ‘PM’ saya tau. See ya later!
Like page kami untuk follow lagi posting menarik!
https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

No comments:
Post a Comment