Korang tengah cari rumah untuk dimiliki? Salah satu impian setiap orang adalah memiliki rumah atas nama sendiri, kan?
Dalam usaha mencari rumah yang sesuai, mesti korang ada baca istilah hak milik strata.
Hakmilik strata ni apa dan apa yang perlu di ambil kira bagi membeli hartanah yang berstrata?
Perkataan STRATA ni merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.
Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah. Contohnya rumah flat, pangsapuri, apartment, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim gated dan guarded.
Dalam strata, petak-petak atau petak individu dikenali juga sebagai unit, iaitu unit setiap rumah pembeli yang boleh jadi ianya mempunyai saiz yang berbeza. Biasalah dalam 1 projek apartment pun ada size unit kecik, besar dan layout yang berlainan, tetapi ianya tetap dibina diatas sebidang tanah.
HARTA BERSAMA
Adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, kolam, taman, pondok pegawai keselamatan dll.
PETAK AKSESORI
Adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya unit hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta khas yang ditetapkan yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik unit.
Hak milik strata adalah sangat penting kerana ia sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya jual beli, pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka. Sama macam geran lah lebih kurang. Kalau takde geran, kita tunjuk ada tanah 100 Ekar pun orang tak percaya.
Like page kami untuk follow lagi posting menarik!
https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/
No comments:
Post a Comment