Peringkat pertama adalah peringkat yang paling penting yang perlu anda lihat sebelum mula menceburi diri dalam pelaburan hartahan atau apa-apa jenis perlaburan pun.
Ini kerana kewangan peribadi anda memainkan peranan penting dalam menentukan status kewangan anda sendiri. Antara perkara yang termasuk di dalam lingkungan kewangan peribadi:
- Pendapatan bulanan
- Komitmen dengan bank
- Penabungan
- Nisbah beban hutang
- CCRIS
- Modal Permulaan
Pelaburan hartanah adalah jenis pelaburan yang menggunakan modal yang banyak. Ini kerana pelaburan hartanah bukanlah seperti pelaburan emas yang boleh menggunakan modal beratus ringgit sahaja.
Sebagai contoh, jika anda ingin melabur untuk sebuah rumah jenis pangsapuri di sekitar Lembah Klang, harga yang boleh anda dapati mungkin sekitar RM130,000 hingga RM200,000.
Contohnya rumah yang berharga RM150,000, anda harus menyediakan modal 10% bayaran pendahuluan iaitu kira-kira RM15,000. Ini belum lagi termasuk kadar bayaran ‘legal fees’ dan ‘stamp duty’ yang akan dikenakan sehingga mencecah ribuan ringgit.
Bukanlah satu perkara yang senang untuk melabur dalam hartanah. Ini adalah kerana kosnya lebih besar berbanding dengan pelaburan saham, forex, unit trust atau emas.
Untuk mendapatkan modal dalam pelaburan, anda boleh sahaja mendapatkannya daripada pinjaman peribadi seperti kad kredit, pinjaman daripada ibu bapa atau pembiayaan semula (refinance).
Jika hari ini anda ingin memulakan pelaburan hartanah, kewangan peribadi anda haruslah kukuh dari segi pendapatan bulanan dan juga komitmen anda.
Sebagai contoh, pendapatan bulanan anda RM2,000 dan anda mempunyai komitmen ansuran pinjaman peribadi sebanyak RM500 serta ansuran kereta RM600. Adakah anda mampu untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM180,000? (lihat gambar contoh kiraan)
Selain itu juga, kadar bayaran hutang anda setiap bulan perlu dijaga. Ini kerana ada sesetengah daripada orang yang membayar komitmen setiap bulan tepat pada waktunya dan ada juga yang membayar lewat dari tarikh yang sepatutnya.
Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah satu sistem yang bertujuan untuk merekodkan semua hutang termasuk pinjaman peribadi, kad kredit, sewa pinjaman pembelian, dan pinjaman perumahan.
Dalam masa yang sama CCRIS juga akan merekodkan struktur pembayaran anda selama setahun. Untuk mendapatkan rekod CCRIS ini, anda boleh mendapatkannya di Bank Negara Malaysia tanpa membuat sebarang pembayaran.
Setelah anda memperolehi laporan CCRIS ini, sebarang pertanyaan anda boleh ajukan kepada pegawai Bank Negara Malaysia untuk maklumat yang lebih terperinci.
Sekiranya anda terlambat membayar ansuran bulanan komitmen anda mengikut tarikh yang sepatutnya, CCRIS akan merekodkan tarikh pembayaran tersebut.
Sebagai contoh, jika anda terlambat membuat pembayaran dalam sebulan, CCRIS akan mencatatkan angka satu. Jika bulan seterusnya anda masih belum membuat sebarang pembayaran, CCRIS akan merekodkan angka dua untuk tunggakan tersebut.
Apabila laporan CCRIS menunjukkan rekod angka dua tersebut, berkemungkinan besar pinjaman anda tidak dapat diluluskan walaupun DBR anda berada pada tahap 40%.
Ini adalah kerana bank tidak mempunyai keyakinan terhadap anda berikutan rekod pembayaran anda yang lewat dua bulan berturut-turut.
Dalam pelaburan hartanah juga, anda harus menjaga kewangan peribadi termasuk DBR dan CCRIS. Jika salah satu mempunyai masalah, maka proses anda untuk membuat pelaburan dalam hartanah menjadi semakin lambat.
Pelaburan hartanah bukanlah sejenis pelaburan jangka masa pendek, kerana untuk mendapatkan keuntungan yang banyak ianya mengambil masa sekitar 5 hingga 10 tahun.
Like page kami untuk follow lagi posting menarik!
https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/
No comments:
Post a Comment