Friday, November 9, 2018

STRATEGI PELABURAN HARTANAH: 2) KEMAHIRAN PERBANKAN




Seperti yang dijanjikan, ini merupakan peringkat kedua setelah anda pelajari tentang kewangan peribadi di blog ini sebelum ini.

Strategi perbankan bermaksud jika anda ingin membeli hartanah untuk melabur, anda wajib mengetahui bank mana yang menawarkan pakej kadar faedah yang paling rendah untuk penjimatan anda.

Setiap bank menawarkan pakej tawaran yang berbeza-beza. Jika hari ini anda beli sebuah rumah kos rendah yang berharga RM100,000 ke bawah, bukan semua bank boleh memberi pinjaman perumahan dan ada bank yang akan memberi tawaran faedah yang tinggi untuk pinjaman tersebut.

Selain dari mengambil tahu tentang bank yang menawarkan faedah yang paling bagus, perkara yang anda perlu tahu juga adalah tentang pakej tersebut sama ada ‘full flexi loan’ atau ‘semi flexi loan’.

Untuk pelaburan hartanah, saya mencadangkan anda memilih pakej tawaran ‘full flexi loan’ yang mana anda boleh dapati di bank-bank seperti CIMB, CITI Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, HSBC, Alliance Bank, serta UOB. Ini kerana pakej ‘full flexi loan’ dapat membantu anda untuk menjimatkan faedah kerana ianya mempunyai dua akaun iaitu akaun semasa dan akaun pinjaman.

Contohnya apabila anda mendapat bonus sebanyak RM30,000, wang tersebut anda boleh masukkan ke dalam akaun semasa. Namun setiap bulan anda tetap membayar ansuran sebanyak RM 761.

Dengan ini tempoh pinjaman anda akan dipendekkan dari 30 tahun kepada 20 tahun dan dalam masa yang sama ianya dapat menjimatkan faedah pinjaman anda sebanyak RM61,000.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

No comments:

Post a Comment