Thursday, November 15, 2018
DUTI SETEM PERCUMA UNTUK RUMAH HARGA 300k DAN KE BAWAH
Bagi anda yang bakal membeli rumah pertama, bergembiralah jika rumah tersebut berada dalam harga di bawah RM300,000. Harap posting ni masih belum terlambat, sampai 31 disember 2018 je tau.
Kenapa?
Kerana mantan Perdana Menteri yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak saat pembentangan Bajet 2017 pada tarikh 21 Oktober 2016 yang lalu, telah memberi pelepasan sepenuhnya bagi cukai duti setem untuk pembeli rumah pertama!
“Diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.”
“Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga 300 ribu ringgit bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.”
Walau bagaimanapun, pelepasan cukai duti setem ini hanya dihadkan kepada hartanah jenis residensi yang berharga RM300,000 ke bawah sahaja dan sah untuk pembelian di antara Januari 2017 hingga Disember 2018.
Memang untung siapa yang dah siap wang deposit dan segala dokumen untuk pembelian rumah kerana anda masih mempunyai baki sebulan sahaja lagi untuk menikmati pengecualian duti setem bagi rumah pertama ini.
Kiraan Pelepasan Cukai Duti Setem Rumah Pertama
Seperti yang anda sedia maklum, hartanah yang berharga di bawah RM300,000 akan mendapat 100% pelepasan cukai termasuk instrumen pemindahan dan persetujuan pinjaman.
Manakala, bagi hartanah yang berharga RM300,001 hingga RM500,000 pula, anda akan mendapat rebat RM5000 daripada kos duti setem dan RM1500 untuk kos dokumen pinjaman.
Untuk pemahaman yang lebih padu, di bawah ada tunjuk mengenai perbezaan pelepasan cukai duti setem rumah pertama.
Skala Pengiraan Kos Duti Setem di Malaysia (2018)
Skala cukai duti setem terkini di Malaysia ini berkemungkinan akan memberi kesan yang berbolak balik kepada pasaran hartanah di Malaysia.
Kira-Kira Mudah Cukai Duti Setem Rumah Pertama.
A. Hartanah RM300,000
Anda langsung tidak perlu membayar satu sen kos cukai duti setem. Jadi janganlah gundah dan khawatir ya sahabat sekalian. Ini kira-kira untuk hartanah pada harga RM300,000:-
Duti Setem 1% (RM100K pertama) : RM1,000.
Duti Setem 2% (RM100,001 hingga RM500,000) : RM4,000.
Jumlah Duti Setem Perlu Di Bayar : RM5,000.
Namun begitu, memandangkan anda telah mendapat pelepasan cukai duti setem sebanyak RM5,000 maka anda tidak perlu membayar kos tersebut. Mudah kan?
B. Hartanah RM300,001 hingga RM500,000.
Jika anda membeli hartanah baru (undercon) untuk rumah pertama anda yang berharga RM450,000, anda perlu membayar cukai duti setem dan kiraannya adalah seperti di bawah:-
Duti Setem 1% (RM100K pertama) : RM1,000.
Duti Setem 2% (RM100,001 hingga RM500,000) : RM8,000.
Jumlah Duti Setem Perlu Di Bayar : RM9,000.
Berdasarkan kira-kira ini, anda perlu membayar RM9,000 untuk duti setem dan selepas pengecualian cukai duti setem sebanyak RM5,000, anda hanya perlu membayar RM3,000 sahaja untuk cukai duti setem. Faham?
Selain itu, anda juga akan mendapat pelepasan sebanyak RM1,500 daripada jumlah keseluruhan sebenar cukai duti setem bagi dokumen permohonan pinjaman perumahan kelak.
Peringatan : Anda tidak layak untuk menikmati pelepasan cukai ini sekiranya hartanah residensi yang anda miliki adalah dalam bentuk wasiat dan hadiah sungguhpun melalui gabungan beberapa nama atau nama anda seorang.
Like page kami untuk follow lagi posting menarik!
https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/
Labels:
Ilmu Hartanah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment