Friday, November 9, 2018

HAK MILIK STRATA - PENTING SEBELUM BELI RUMAH JENIS INI



Korang tengah cari rumah untuk dimiliki? Salah satu impian setiap orang adalah memiliki rumah atas nama sendiri, kan?

Dalam usaha mencari rumah yang sesuai, mesti korang ada baca istilah hak milik strata.

Hakmilik strata ni apa dan apa yang perlu di ambil kira bagi membeli hartanah yang berstrata?


Perkataan STRATA ni merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.

Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah. Contohnya rumah flat, pangsapuri, apartment, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim gated dan guarded.

Dalam strata, petak-petak atau petak individu dikenali juga sebagai unit, iaitu unit setiap rumah pembeli yang boleh jadi ianya mempunyai saiz yang berbeza. Biasalah dalam 1 projek apartment pun ada size unit kecik, besar dan layout yang berlainan, tetapi ianya tetap dibina diatas sebidang tanah.


HARTA BERSAMA

Adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, kolam, taman, pondok pegawai keselamatan dll.


PETAK AKSESORI

Adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya unit hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta khas yang ditetapkan yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik unit.


Hak milik strata adalah sangat penting kerana ia sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya jual beli, pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka. Sama macam geran lah lebih kurang. Kalau takde geran, kita tunjuk ada tanah 100 Ekar pun orang tak percaya.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

STRATEGI PELABURAN HARTANAH: 3) KEMAHIRAN HARTANAH



Dalam pelaburan hartanah, perkara yang penting untuk anda ketahui adalah strategi hartanah itu sendiri. Sebagai contoh, anda ingin membeli sebuah rumah kondominium atau apartment untuk melabur. Jadi anda harus fokus pada aliran positif, ‘positive cash flow’ yang bermaksud kadar sewa yang anda kenakan lebih tinggi berbanding ansuran bulanan.

Jika anda melabur untuk rumah jenis ‘double storey’, adalah tidak sesuai untuk anda gunakan positif ‘cash flow’ kerana rumah jenis ‘double storey’ atau jenis semi D ianya tidak dapat memberikan kadar sewa yang tinggi.

Contohnya, ‘double storey’ di Bandar Puteri berharga RM800,000 dengan baki ansuran RM3500, sewa yang anda boleh perolehi daripada penyewa baru adalah sekitar RM1500 hingga RM2000. Itu bermakna setiap bulan tuan rumah harus menambah untuk membayar ansuran rumah.

Jika anda tetap mahu melabur dalam rumah jenis ‘double storey’, fokuskan pembelian dari pemaju di lokasi seperti Kajang, Bangi, Putra Perdana dan Semenyih.

Ini adalah kerana rumah ‘double storey’ lebih sesuai untuk ‘flipping’ yang bermaksud membeli semasa pembinaan daripada pemaju. Selepas rumah ‘double storey’ ini siap sepenuhnya, anda boleh jualkan harta tersebut untuk mendapatkan keuntungan. ezpz.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

STRATEGI PELABURAN HARTANAH: 2) KEMAHIRAN PERBANKAN




Seperti yang dijanjikan, ini merupakan peringkat kedua setelah anda pelajari tentang kewangan peribadi di blog ini sebelum ini.

Strategi perbankan bermaksud jika anda ingin membeli hartanah untuk melabur, anda wajib mengetahui bank mana yang menawarkan pakej kadar faedah yang paling rendah untuk penjimatan anda.

Setiap bank menawarkan pakej tawaran yang berbeza-beza. Jika hari ini anda beli sebuah rumah kos rendah yang berharga RM100,000 ke bawah, bukan semua bank boleh memberi pinjaman perumahan dan ada bank yang akan memberi tawaran faedah yang tinggi untuk pinjaman tersebut.

Selain dari mengambil tahu tentang bank yang menawarkan faedah yang paling bagus, perkara yang anda perlu tahu juga adalah tentang pakej tersebut sama ada ‘full flexi loan’ atau ‘semi flexi loan’.

Untuk pelaburan hartanah, saya mencadangkan anda memilih pakej tawaran ‘full flexi loan’ yang mana anda boleh dapati di bank-bank seperti CIMB, CITI Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, HSBC, Alliance Bank, serta UOB. Ini kerana pakej ‘full flexi loan’ dapat membantu anda untuk menjimatkan faedah kerana ianya mempunyai dua akaun iaitu akaun semasa dan akaun pinjaman.

Contohnya apabila anda mendapat bonus sebanyak RM30,000, wang tersebut anda boleh masukkan ke dalam akaun semasa. Namun setiap bulan anda tetap membayar ansuran sebanyak RM 761.

Dengan ini tempoh pinjaman anda akan dipendekkan dari 30 tahun kepada 20 tahun dan dalam masa yang sama ianya dapat menjimatkan faedah pinjaman anda sebanyak RM61,000.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

Thursday, November 1, 2018

STRATEGI PELABURAN HARTANAH: 1) KEWANGAN PERIBADI



Strategi dalam pelaburan hartanah mempunyai 3 kriteria penting untuk diperkukuhkan dan penting untuk anda ketahui.

Peringkat pertama adalah peringkat yang paling penting yang perlu anda lihat sebelum mula menceburi diri dalam pelaburan hartahan atau apa-apa jenis perlaburan pun.

Ini kerana kewangan peribadi anda memainkan peranan penting dalam menentukan status kewangan anda sendiri. Antara perkara yang termasuk di dalam lingkungan kewangan peribadi:

- Pendapatan bulanan
- Komitmen dengan bank
- Penabungan
- Nisbah beban hutang
- CCRIS
- Modal Permulaan

Pelaburan hartanah adalah jenis pelaburan yang menggunakan modal yang banyak. Ini kerana pelaburan hartanah bukanlah seperti pelaburan emas yang boleh menggunakan modal beratus ringgit sahaja.

Sebagai contoh, jika anda ingin melabur untuk sebuah rumah jenis pangsapuri di sekitar Lembah Klang, harga yang boleh anda dapati mungkin sekitar RM130,000 hingga RM200,000.

Contohnya rumah yang berharga RM150,000, anda harus menyediakan modal 10% bayaran pendahuluan iaitu kira-kira RM15,000. Ini belum lagi termasuk kadar bayaran ‘legal fees’ dan ‘stamp duty’ yang akan dikenakan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Bukanlah satu perkara yang senang untuk melabur dalam hartanah. Ini adalah kerana kosnya lebih besar berbanding dengan pelaburan saham, forex, unit trust atau emas.

Untuk mendapatkan modal dalam pelaburan, anda boleh sahaja mendapatkannya daripada pinjaman peribadi seperti kad kredit, pinjaman daripada ibu bapa atau pembiayaan semula (refinance).

Jika hari ini anda ingin memulakan pelaburan hartanah, kewangan peribadi anda haruslah kukuh dari segi pendapatan bulanan dan juga komitmen anda.

Sebagai contoh, pendapatan bulanan anda RM2,000 dan anda mempunyai komitmen ansuran pinjaman peribadi sebanyak RM500 serta ansuran kereta RM600. Adakah anda mampu untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM180,000? (lihat gambar contoh kiraan)

Selain itu juga, kadar bayaran hutang anda setiap bulan perlu dijaga. Ini kerana ada sesetengah daripada orang yang membayar komitmen setiap bulan tepat pada waktunya dan ada juga yang membayar lewat dari tarikh yang sepatutnya.

Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah satu sistem yang bertujuan untuk merekodkan semua hutang termasuk pinjaman peribadi, kad kredit, sewa pinjaman pembelian, dan pinjaman perumahan.

Dalam masa yang sama CCRIS juga akan merekodkan struktur pembayaran anda selama setahun. Untuk mendapatkan rekod CCRIS ini, anda boleh mendapatkannya di Bank Negara Malaysia tanpa membuat sebarang pembayaran.

Setelah anda memperolehi laporan CCRIS ini, sebarang pertanyaan anda boleh ajukan kepada pegawai Bank Negara Malaysia untuk maklumat yang lebih terperinci.

Sekiranya anda terlambat membayar ansuran bulanan komitmen anda mengikut tarikh yang sepatutnya, CCRIS akan merekodkan tarikh pembayaran tersebut.

Sebagai contoh, jika anda terlambat membuat pembayaran dalam sebulan, CCRIS akan mencatatkan angka satu. Jika bulan seterusnya anda masih belum membuat sebarang pembayaran, CCRIS akan merekodkan angka dua untuk tunggakan tersebut.

Apabila laporan CCRIS menunjukkan rekod angka dua tersebut, berkemungkinan besar pinjaman anda tidak dapat diluluskan walaupun DBR anda berada pada tahap 40%.

Ini adalah kerana bank tidak mempunyai keyakinan terhadap anda berikutan rekod pembayaran anda yang lewat dua bulan berturut-turut.

Dalam pelaburan hartanah juga, anda harus menjaga kewangan peribadi termasuk DBR dan CCRIS. Jika salah satu mempunyai masalah, maka proses anda untuk membuat pelaburan dalam hartanah menjadi semakin lambat.

Pelaburan hartanah bukanlah sejenis pelaburan jangka masa pendek, kerana untuk mendapatkan keuntungan yang banyak ianya mengambil masa sekitar 5 hingga 10 tahun.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

Tuesday, October 30, 2018

PANDUAN CARI RUMAH YANG BOLEH JANA CASH FLOW


Ada cara yang tepat untuk dapatkan rumah yang boleh jana cash flow kat kita. Nah, saya bagi 10 panduan ringkas ni kat korang.

1. Beli rumah bertingkat, apartmen atau flat.
2. Beli rumah tingkat paling bawah.
3. Beli rumah bawah harga pasaran.
4. Beli rumah di kawasan hotspot.
5. Beli rumah muda, tempoh biaya panjang, ansuran jadi rendah.
6. Beli rumah segera, kadar sewa semakin meningkat.
7. Kaji kadar sewaan setempat sebelum beli rumah.
8. Sewakan mengikut bilik atau kepala.
9. Sewakan bersama separa atau penuh perabot dan internet.
10. Sewakan mengikut hari (homestay).

Tapi pelaburan hartanah bukan hanya untuk dapat cashflow positif tau. Ada juga pelabur yang tak kisah pasal tu, tapi fokus untung daripada kenaikan harga rumah. Yang itu, lain pula tipsnya.

Anda ikutlah mana-mana yang anda rasa sesuai dengan modal, kelayakan, gaji, matlamat, selera, kemahuan, dan ilmu yang ada. Bukan apa, orang lain buat boleh untung, tiba2 kena kat anda tak untung pulak.

Kalau anda melabur tanpa ilmu tapi untung, bukan bermakna anda bijak, cuma anda bertuah. Jangan buat macam tu banyak kali ya. Kita tak selamanya bertuah.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

BAGAIMANA KADAR UPAH CAT DITENTUKAN?


Selain mengupah pekerja, tempoh masa bekerja dan jumlah cat yang digunakan, ada faktor-faktor penting yang juga diambil kira seperti:

- Tekstur dinding (wall texture)
- Warna asal
- Warna yang ingin di cat
- Menutup lubang kecil
- Menampal rekahan dinding
- Jenis pintu
- Permukaan siling
- Ketinggian siling
- Keluasan kaki persegi
- Memindahkan barang

Anggaran harga adalah secara kasar namun ia tetap bergantung kepada keluasan dan kondisi sebenar apabila melawat tapak lokasi.

Harga upah tidak termasuk harga cat. Kerana harga cat selalunya akan dikira mengikut jenama cat yang anda pilih seperti jotun, dulux atau nippon paint.

Penambahan atau pengurangan harga dikira mengikut keluasan sebenar dan kerja-kerja tambahan yang perlu dibuat jika ada.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

BAPAK SEGALA PENYEDUT DUIT



Kisah seorang rakan sipolan berkenaan pelaburan hartanahnya, iaitu En. N:

  1. Membeli hartanah kedua, rumah atas tanah pada harga RM400k ++
  2. Kos renovasi rumah bernilai RM30,000
  3. Bayaran bulanan sebanyak RM3k sebulan
  4. 4 bilik 2 bilik air
  5. Tiada penyewa dan risau untuk disewakan (sayang sebab rumah baru). Jika disewakan, aspek aliran tunai negatif kurang dari RM500 dan potensi rumah rosak adalah tinggi
  6. Nak jual balik, susah nak laku disebabkan faktor ekonomi yang terumbang-ambing
  7. Faktor keselamatan pula kurang sesuai untuk keluarga berpindah ke rumah kedua tambahan pula sayang dengan jiran2 di rumah pertama

Ditambah lagi permasalahan :-

  1. Sebelum ni bekerja di offshore dengan gaji sekitar RM10,000-RM15,000 sebulan
  2. Baru saja mengganggur dan anggaran gaji selepas ini hanya RM6,000-RM8,000
  3. Komitmen bulanan sekitar RM6,000
  4. Tiada holding power/holding power yang lemah
  5. Cash ada dalam RM80,000, mungkin dapat bertahan selama setahun

Apa yang saya boleh katakan, rumah kedua ini memang bapak segala penyedut duit yang akan memburukkan lagi masalah kewangan sekiranya tidak diuruskan dengan bijak.

Wujud tak jalan penyelesaian ini? InshaAllah, saya akan bantu beliau dan mungkin anda juga mengalami masalah seperti ini. Jangan segan silu untuk ‘PM’ saya tau. See ya later!


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/