Thursday, October 11, 2018

PEKERJA SWASTA TAKDE MODAL NAK BELI RUMAH? KWSP KAN ADOO


Rata-rata pekerja swasta mesti pernah fikir hal yang sama kan? Asal plan nak beli rumah je mesti asyik fikir pasal modal je, dah la loan susah nak approve. Tapi kan, kenapa anda tak terfikir pasal KWSP? Hmm?

Ehh, boleh ke jadikan KWSP sebagai modal beli rumah? Yup, jawapannya BOLEH. Bukan setakat sebiji rumah je boleh beli, nak lebih pun boleh. Tabung 2 KWSP boleh buat modal untuk beli atau buat rumah sendiri. Tapi kena ingat! untuk rumah kategori hartanah komersial, anda tak boleh guna duit dari tabung 2 ini.

Kalau nak beli rumah seperti pangsapuri, SOHO, SOFO atau SOVO boleh guna tabung 2 KWSP juga tak? Ok, memandangkan undang-undang iktiraf pangsapuri dan SOHO sebagai hartanah kediaman, maka BOLEH jawapannya. Manakala SOFO dan SOVO adalah kategori hartanah komersial, anda tak boleh guna tabung 2 KWSP untuk beli rumah kategori ini.


KWSP MENETAPKAN SYARAT PENGELUARAN AMAUN?


Yezza! Syarat pengeluaran yang layak dikeluarkan oleh anda adalah:


I) Perbezaan jumlah antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan 10% dari harga rumah.

ATAU

II) Semua jumlah simpanan dalam akaun atau mana-mana jumlah yang lebih rendah.

Jangan risau, saya akan menyertakan contoh kira-kira untuk anda mudah memahaminya.


CONTOH A:

Samad mahu membeli rumah pangsapuri bernilai RM350,000. Dia hanya layak mendapat pinjaman bank berjumlah RM305,000. Samad mendapati bahawa baki akaun tabung 2 nya ada RM60,000.

I) Beza (harga rumah - jumlah pinjaman) + 10% dari harga rumah:

(RM350,000 - RM305,000) + (10% darab RM350,000)

= RM45,000 + RM35,000

= RM80,000**


ATAU


II) Keseluruhan jumlah simpanan dalam tabung 2 KWSP Samad:

= RM60,000**


Jika dibandingkan (I) dan (II), jumlah (II) adalah paling rendah, bermakna Samad layak keluarkan kesemua jumlah RM60,000 tersebut.


CONTOH B:


Pak Majid ingin membeli sebuah rumah teres yang bernilai RM220,000. Dia mendapat pinjaman bank sebanyak RM198,000. Baki tabung 2 nya ada RM95,000.

I) (RM220,000 - RM198,000) + (10% darab RM220,000)

= RM22,000 + RM22,000

= RM44,000**

ATAU

II) Keseluruhan jumlah simpanan dalam tabung 2 KWSP Pak Majid:

=RM95,000**


Ini bermakna, jumlah (I) adalah paling rendah. Maka, dia hanya layak mengeluarkan jumlah RM44,000 sahaja dari tabung 2 tersebut, dan terdapat baki lagi RM51,000 dalam tabung 2 KWSP nya.

-----

Walaupun Samad dan Pak Majid hanya memerlukan 10% untuk bayar deposit, kedua-dua mereka terdapat baki dari jumlah pengeluaran tabung 2 KWSP mereka. Apa yang patut mereka buat dengan baki tersebut? Sebaiknya gunakan ia sebagai modal untuk membeli rumah kedua pula.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/rumahmampumiliksemua/

No comments:

Post a Comment